Text Box: Al Banjari

ASHA’IRAH

Pendedahan Aliran Wahabiyyah menurut perspektif para ulama’ ahli sunnah wal jamaah (Asha’irah)

Di dalam kitab Us Nuruddin al Banjari yang bertajuk "al Ahadith al Musalsalah" yang yang mana saya telah terima ijazah daripada beliau sendiri dalam 4 tahun lepas di kampung saya. Kesemua hadith-hadith yang diriwayatkan oleh al Banjari yang dibukukannya itu adalah diterima ijazahnya dari guru beliau yang masyhur di Mekah iaitu Al Sheikh Yasin al Fadani yang disenaraikan sanadnya sehingga kepada Rasulullah.

 

Al Banjari dikritik/dihentam sebegitu rupa oleh Dr Asri dlm webnya hanya kerana Hadith yang berbunyi "Sesiapa yang bermusafahah dgn aku atau bermusafahah dengan orang yang bermusafahah dengan aku sehingga hari kiamat akan masuk syurga". Hadih ini diriwayatkan oleh Al Banjari dlm kitabnya di atas di bawah bab "Al Musalsal bi al Musafahah al Mu'ammariyyah" (m.s. 36). Kritikan Asri ialah hadith ini hadis palsu dan haram diriwayatkan dan beliau telah menyebut beberapa orang ulama yang mentajrihkan seorang perawi dalam hadith tersebut bernama Muammar. Oleh itu pembawa hadith ini iaitu Us Nuruddin al Banajri adalah juga pendusta. Ini yg saya faham dari jawapan Asri.

 

Sebenarnya dlm kitab Us Nuruddin al Banjari selepas beliau membawa hadith tersebut beserta dgn sanadnya beliau juga telah menyebut pentajrihan beberapa ulama terhadap perawi yg bernama Muammar.Antara ulama yang mentajrihkan perawi tersebut sebagaimaan yg beliau sebut (m.s. 40) ialah Ibn Hajar dlm Al lisan, Ibn al tayyib dlm Sabt al Saghir dan beberapa org lagi. Us Nuruddin menaqalkan kata-kata Ibn al tayyib yang menyebut sedhaif-dhaif hadith berkenaan musafahat ialah hadith melalu tariq Muammar (m.s. 41).

 

Ertinya Us Nuruddin memasukkan hadith ini dlm senarai hadith musalsalnya adalah dgn penuh sedar dan mengerti mengenai pentajrihan beberapa ulama terhadap Muammar. Beliau ahli hadith bukannya jahil hadith. Apakah beliau boleh dikatakan membawa ajaran pelik dgn membawa hadith yg ditajrihkan oleh ulama sedangkan dia sendiri menyebutnya secara penuh sedar bahawa perawi itu ditajrihkan oleh sebahagian ulama. Walaubagaimanapun sebagamana yg beliau sebut di dlm mukaddimah kitabnya itu 'Tersusun dalam Ahadith Musalsalah hadis-sahih sahih, hasan, dan dhaif, bahkan ada juga maudhu' tetapi tidak harus meriwayatkan yg maudhu' kecuali untuk menerangkan halnya".

 

Luqman