Text Box: Mendalami Syaikh Muhammad ibn Abdul Wahhab

ASHA’IRAH

Pendedahan Aliran Wahabiyyah menurut perspektif para ulama’ ahli sunnah wal jamaah (Asha’irah)

Penentuan mengenai baik tidaknya Syaikh Muhammad ibn Abdul Wahhab (1703-1792), iaitu mengenai fakta "pembasmiannya terhadap syirik" dan peranannya sebagai "mujaddid" telah ditulis dengan amanah oleh para ulama Islam berdasarkan metodologi ilmu Islam antaranya segala maklumat daripada orang Islam yang hidup sezaman dengannya. Cumanya penulisan-penulisan tersebut tidak diketengahkan. Tambahan pula, antara khazanah tersebut masih di dalam bentuk manuskrip lagi. Setakat ini saya sudah dapat kesan hampir seratus tajuk di dalam bahasa Arab yang di tulis oleh para ulama Islam mengenai Ibn Abdul Wahab dan ajarannya yang ditulis oleh para ulama Islam yang di antaranya hidup sezaman dengannya serta di zaman pertumpahan darah ketika pengikut-pengikut Ibn Abdul Wahab memerangi umat Islam di Hijaz.

 

Memang sungguh terkilan rasanya jika anda menemui hakikat bahawa zaman itu merupakan zaman di mana Syaikh Abdul Samad Palembang (1704-1788) bertempur dengan Siam yang melanggar Kedah sehingga dikhabarkan mati syahid di Singgora; Syaikh Daud Al-Pattani (1769-1847) juga pulang ke Nusantara untuk misi jihad menentang Siam tetapi terpaksa berundur ke Pulau Duyung Trengganu, dan akhirnya kembali ke Makkah sebagai buruan politik Siam; Syaikh Arsyad Al-Banjari mula berkhidmat dengan Kesultanan Banjar Inderagiri Kalimantan dengan membina satu tamaddun Islam yang mantap di bawah naungan Sultan Tamhidullah (1778-1808); Sultan Muhammad Pattani (1776-1786) menerima ancaman daripada General Chakri kerana melindungi pelarian daripada Singgora di mana 15,000 daripada 90,000 umat Islam Pattani melarikan diri ke Kuala Muda, Kedah (1778) dan Sultan Abdullah Mukarram Syah (1778-1789) juga di beri amaran supaya tidak melindungi mana-mana pelarian Islam Pattani; Rama I Tibodi menakluk Pattani pada 1786 diikuti dengan gugur syahidnya Sultan Muhammad; Datok Syahbandar di bawah perintah Sultan Mansur Syah I (1733-1793) Trengganu terpakasa meminta bantuan Francis Light untuk melindungi Trenganu daripada gangguan Siam kerana kejamnya Siam dengan penggunaan gajah untuk memijak-mijak umat Islam; Nawab Bengal Sirajud-Daulah bertempur dengan Robert Clive hingga titisan darah terakhir di dalam Battle of Plassey (1757) yang memulakan era baru British di India dan British merampas kepulauan Filipina yang diduduki oleh orang-orang Islam daripada penguasaan kerajaan Sepanyol.

 

Ketika semua itu berlaku, Muhamad ibn Abdul Wahab dengan semboyannya "membasmi syirik dan bid'ah" mula membuat pakatan dengan Amir Saud pada 1746 di mana 'Amir Abdul Aziz as-Saud menyerang Syammar dan Mutair yang dikuasai oleh 'Amir Makkah pada 1787 dan memerangi umat Islam di bawah pimpinan Syarif Ghalib Ibn Mus'id pada 1790 yang semua itu turut menyumbang kepada keruntuhan Turki Uthmani yang tenat setelah bergelut antaranya dengan peperangan melawan Russia (1768-1774) di bawah pemerintahan Ratu Catherine.

 

Ajaran Muhammad Abdul Wahab menghapuskan kesan-kesan sejarah Islam yang tidak ternilai di mana hampir-hampir kubah hijau di atas kubur jasad manusia yang paling suci SAW pun mahu dibinasakan oleh segolongan badui-badui liar..... Dan hari ini, antara maklumat yang diguna pakai untuk memuji Ibn 'Abdul Wahhab adalah antaranya daripada seorang non-Muslim, Lothrop Stoddard seperti dinukil oleh Dr. Azzam Tamimi (kertas kerja di Perlis) dan Dr Mahmud Daud (di dalam Jurnal Usuluddin dan buku "Tokoh-Tokoh Pemikir Islam Jilid Satu" yang diulang kembali di dalam kertas kerjanya di Kelantan).

 

Sebagai perbandingan tamaddun, abad ke 18 Masehi merupakan abad bermulanya Revolusi Industri (1760) dengan  penubuhan Universiti Berkley (1940); Dr. Cullen (1710-1790) [who  organized an influential classification of disease (nosology) consisting of four major divisions: pyrexiae, or febrile diseases; neuroses, or nervous diseases; cachexiae, diseases produced by bad bodily habits; and locales, or local diseases]; pemisahan obstetrik daripada monopoli para bidan dan permulaannya sebagai salah satu cabang perubatan oleh pakar obstetrik, pendidik dan penulis bidang perubatan Dr Hunter (1746); penemuan pig iron oleh Cort di Lancaster (1940); Benjamin Franklin dengan penemuan tenaga elekriknya dan ujikajinya yang tidak mengenal bahaya ketika menguji tenaga elektrik daripada halilintar (1746);  Rousseau dengan penerbitan Social Contract nya (1760); Ratu Catherine yang Agung (1762-1796) memodenkan Russia; horologis Inggeris Foulby Harrison (1693-1776) mencipta kronometer marin yang membolehkan pelayar-pelayar mengukur logitud di laut; insuran nyawa pertama dikeluarkan di Philadelphia (1761); Antoine Lavoisier memajukan teori baru pemikiran di dalam ilmu kimia dan menemui peranan oksigen dan perkaitan di antara oksidasi dan respirasi (1762);

 

Sir William Blackstone mula menulis Commentaries on the Laws of England yang sangat masyhur itu (1965); Henry Cavendish memisahkan gas hidrogen untuk pertama kalinya (1766), James Cook menjelajah pantai timur Australia (1768); James Watt dengan penyempurnaan enjin stimnya (1769), Richard Arkwright mencipta spinning frame untuk memudahkan penenunan kapas (1769); paderi dan saintis British, Joseph Priestley menemui oksigen (1774); Revolusi kemerdekaan sebuah negara yang hari ini menjadi sebuah kuasa besar di zama kita ini (1775-1783); Adam Smith meyempurnakan sebuah buku barunya mengenai industrialisasi baru dan ekonomi, Inquiry into the Wealth of Nations yang memmberi kesan besar kepada polisi Kewangan British (1776); Comon Sense di sempurnakan oleh Robert Paine (1776); ujian belon udara yang menjurus kepada penerokaan tamaddun dimensi ketiga oleh orang-orang Perancis di dalam aerial reconnaissance untuk peperangan dan Daniel Mendoza menyempurnakan The Art of Boxing yang memaparkan rahsia-rahsia kelicikan seorang pejuang Yahudi (1789) dengan Jewish Emancipation di negara Perancis pada 1791.

 

Di dalam kurun tersebut, Abdul Samad Palembang menyempurnakan sebuah buku di dalam ilmu tawhid, Zuhrah al-Muriid fi Bayaan Kalimah al-Tawhid pada 1764, Siyar al-Saalikiin pada 1788 manakala Syaikh Muhammad Arsyad Al-Banjari menulis Tuhfat ar-Raaghibiin fi Bayaan Haqiiqat Iman al-Mu'munin wamaa yufsiduhu fi Riddat al-Murtaddin pada 1778 atas permintaan Sultan, yang sekali gus menyangkal dakwaan seorang pendakwah berasal Nusantara kini yang cenderung dengan ajaran Ibnu Abdul Wahhab yang menulis di dalam kertas kerjanya bahawa "Para pendakwah di Nusantara pada umumnya memberi penekanan kepada persoalan ibadah dan akhlak, bukan mengutamakan persoalan akidah sebagaimana dakwah Rasulullah saw."

 

Di samping itu semua, terlalu ramai para ulama Islam mu'tabar yang hidup sezaman dengan Ibnu 'Abdul Wahhab dengan segala sumbangan mereka kepada tamaddun keilmuan Islam di dalam segala bidang seperti Syeikh Muhammad Al-'Abdali (w. 1747), Syeikh Mustafa Al-Bakri (1687-1749), al-Syeikh al-Madabighi (w. 1756), Imam Abdullah Bin Muhammad Bin 'Amir al-Syubrawi (1724 – 1757), Sayyid Ahmad bin Idris Al-Fasi (1757-1837), Syeikh Muhammad Salim al-Hifni (1689-1757), Syeikh al-Sayyid Muhammad Al-Balidi (1684-1762) seorang tokoh terkemuka Mazhab Malik dan al-'Asya'irah, Syeikh Muhammad ibn Mustafa ibn Kamaluddin Al-Bakri (1730-1781), guru kepada Syaikh Ahmad Zaini Dahlan, Syaykh Abdul Rahman bin Muhammad Al-Kuzbairi Al-Syaghir (1771-1846), Syaikh Muhammad Al-Safarini al-Hanbali (w. 1775), Syeikh Muhammad Al-Munayyar Al-Khalwati (1099-1199) yang merupakan Masyakhat al-Azhar bermazhab Syafi'i yang pertama, Syeikh Ghulam 'Ali Azad Al-Baljarami (1110-1200), Syeikhul Islam Al-Syeikh al-Dardir al-'Adawi (1715-1786), Syeikh Ahmad al-'Arusi (w. 1209), Mufti Sayyid 'Abdul Rahman ibn Sulayman al-Ahdal (1765-1839) dan Syaykh Ibrahim Al-Bajuri (1785 - 1860).

 

Yang saya nukilkan ini cuma secebis daripada apa yang telah tuan-tuan boleh temui dan sudah tentu masih bertimbun maklumat yang ada tetapi belum ditonjolkan. Satu perkara yang cukup menarik ialah nama Muhammad Ibn Abdul Wahhab pun tidak di sebut sebagai di antara ulama mazhab Hanbali tersohor di dalam kitab Suhub al-Wabilah yang di karang oleh Ibnu Humaid, seorang 'alim mazhab Hanbali…

 

Jika kawan-kawan merasa tersentak, saya juga sedemikian apabila menemui maklumat-maklumat seperti ini kerana sebagaimana rakan-rakan satu generasi yang terlibat dengan fenomena kebangkitan Islam semenjak akhir 70'an lagi, Muhammad bin Abdul Wahhab memang biasa saya sinonimkan dengan fenomena tajdid…..

 

Dan sungguh terkilan sekali rasanya apabila ada golongan yang mendabik dada sebagai kumpulan professional tidak sensitifnya kepada perasaan majoriti umat Islam Malaysia yang tidak bermazhab dengan cara pemikiran satu tokoh yang tidak ijma' para ulama Islam mengenai "kebenarannya" dan "kebaikannya". Kadang-kadang pula, seolah-olah siviliti yang sering laungkan di bakul sampahkan oleh sikap sombong segelintir pendakwah sendiri terhadap perintah ulil 'amri yang membolehkan lain mazhab diamalkan secara peribadi/keluarga tetapi tidak boleh disebar-sebarkan demi perpaduan umat Islam. Perintah ulil amri seperti ini adalah di dalam perkara yang tidak ada maksiat di dalamnya kerana ulil amri perlu menjaga kemaslahatan semua, bukan kemaslahatan satu-satu golongan kecil sahaja…

 

Dan buruk sekali laungan satu-satu golongan yang mendabik dada sebagai pendokong Al-Quran dan Al-Sunnah seolah-olah golongan lain jahil, jumud dan tidak mengikuti Al-Quran dan Al-Sunnah. Dan paling buruk seperti yang boleh semua boleh temui di dalam satu laman web di mana adanya pemikiran subversif dalam masyarakat yang menjadi pengkhianat negara kerana cuba membocorkan masalah dalaman negara kepada pihak luaran, sedangkan setiap negara Islam mempunyai polisi dalaman untuk menentukan mazhabnya tersendiri….

 

Padahal, di hadapan kita antaranya ialah kesibukan golongan bukan Islam untuk menguasai era nanoscale replicators, light-based computing, genomics, DNA chips yang menganalisa genetik peribadi, alternative fuel sources dan seribu satu bidang yang besar pahalanya untuk umat Islam terokai dan juarai…

 

Wallaahu A'laam.