Text Box: Asal Salafi dan kaitannya dengan Wahabi

ASHA’IRAH

Pendedahan Aliran Wahabiyyah menurut perspektif para ulama’ ahli sunnah wal jamaah (Asha’irah)

Salafi datang nya dari kalimah "salafa" yang bererti "terdahulu". Di itlaqkan kalimah ini ada "salafus soleh" iaitu golongan 300 tahun pertama selepas hijrah yang merangkumi Sahabah, Tabiin dan Tabiut Tabiiin. Itulah sebenar-benar salafi.

Golongan Salafi celup pula hanya baru-baru saja timbul iaitu sekitar awal kurun kedua puluh selepas kejayaan Wahhabi menguasai tanah Hijaz buat kali kedua dan berjaya mendirikan kerajaan.

Ajaran Wahhabi didakwa oleh para pendokongnya sebagai mengikut ajaran agama Islam yang tulus seperti golongan Salafus Soleh terdahulu. mereka mendakwa scara implisit atau explicit bahawa ajaran islam yang ada sekarang sudah tidak tulus suci oleh kerna penyelewengan ulama terutama dalam bab aqidah dan ibadah.

Justru mereka menganggap tugas suci mereka menyucikan segala perkara yang mereka anggap bid'ah dan syirik agar balik kepada amalan salafus soleh. Inilah dakwa mereka yang menjadi teras pegangan golongan ini sehingga waktu ini.

Atas inilah mereka menganggap siri mereka "salafi" manakala ulamak ahli sunnah wal jamaah menganggap golongan ini sebagai "wahhabi" iaitu menisbahkan ajaran mereka ini kepada Muhd Abd Wahhab, pengasas gerakan ini. Lama kelamaan nama ini jadi seolah satu cercaan, iaitu bila seseorang itu digelar wahhabi dia akan marah dan naik angin!!!!

Berbeza dengan pengikut mazhab. mereka dengan bangganya dan rendah hatinya (apabila layak) menisbahkan diri mereka kpd mazhab yang mereka pegang. Maka kita dapati para ulamak menisbahkan diri mereka Fulan bin Fulan Al-Syafie atau Al-Hanafi atau al-Hanbali atau al-Maliki seperti almarhum al-Imam Sayyid Muhammad bin Alawi bin Abbas Al-Hasani al-Maliki iaitu ulamak besar Tanah Haram yang baru meninggal dunia yang mempergangi mazhab Maliki

Maka pada haqiqatnya, empat mazhab ini lah yang sebenarnya memagang warisan Salafus Soleh. Bukankah Imam Malik seorang Tabiut Tabiin ? begitu juga Imam Ahamad bin Hanbal dan juga Imam kita Al-Syafie ? manakala Imam Abu Hanifah adalah seorang Tabiin yang berguru dengan para sahabat Nabi s.a.w.

Maka fatwa-fatwa imam 4 ini berserta qaedah fiqh mereka telah turun secara mutawatir kepada kita hari ini. Maka ulamak dan penuntyut ilmu 4 mazhab inilah yang selayaknya dipanggil penerus "salafus Soleh"

Manakala dakwaan wahhabi hanya dakwaan palsu yang berfoundation pasir jerlus aja. mana sanad fatwa fiqh mereka ? mana sanad qaedah fiqh mereka ?

Kalau tiada sanad maka dari manakah mereka dapat pegangan ilmu mereka itu ? celah pohon kurma? kajian membuktikan bahawa banyak faham wahhabi ini terhenti pada muhd abd wahhab. kadangkala tersangkut paham Ibnu Taymiyyah dan Ibnu Qayyim. kadangkala pegangan mereka menyalahi Ibn Taymiyyah dan Ibn Qayyim.

Jadi pegangan mereka kucar kacir tidak tentu hala. bahkan sesama mereka bercakaran sesama sendiri hingga lahir pelbagai puak dalam golongan wahhabi itu sendiri.

Menjawab soalan saudara, wahhabi dan salafi celup itu sama saja. pada gelaran yang mereka berikan kepada diri mereka sendiri saja yang berlainan. hakikatnya sama saja.

4. Petikan dari buku 40 Masalah Agama, karangan Al-Fadhil Abuya K.H. Siradjuddin 'Abbas,Ulama Besar Indonesia.

Konsep-konsep Moden Fahaman Wahabi yang dibawa oleh Muhammad 'Abdul Wahab.

1. Dalam mempelajari ilmu Ushuluddin (Tauhid) harus menganut fahaman Ibnu Taimiyah.

2. Di dalam Fiqh diharuskan menampal-nampal Mazhab (Talfiq).

3. Mengambil sumber Al-Quran dan Hadith yang kuat sahaja tanpa 'Ijma Ulama dan Qias.

4. Melarang keras umat Islam mendo'a dengan Tawassul (Perantaraan).

5. Melarang berpergian menziarahi kubur, walaupun maqam Nabi. (Adapun orang yang menunaikan Fardhu Haji yang diizinkan ke Madinah pada Wahabi berkuasai ini, menurut Wahabi mereka datang ke Madinah menziarahi Masjid, bukan menziarahi maqam.)

6. Menghancurkan tugu-tugu peringatan, kerana hal ini semuanya menjadikan orang musyrik. Gedung besar yang dibangunkan diatas tempat Nabi di Suq al Leil di runtuhi

7. Melarang membaca-baca Qasidah yang memuji-muji Nabi seperti Qasidah, Berzanji, Burdah, Kenduri-Kendara, Tahlil dan sebagainya.

8. Melarangkan umat Islam merayakan dan memperingati Maulidin Nabi, Isra' Mikraj dan semua perayaan hari kebesaran Islam yang lain.

9. Melarang mengaji "Sifat Dua-puluh", "Kifayatul Awam", "Sanusi", "Juaharatut Tauhid", "Husun Hamadiyah" dan lain-lain yang serupa itu.

10. Fahaman Asy'ari, iaitu fahaman kaum AHLUSSUNNAH WAL JAMA'AH dibuang jauh-jauh.

11. Tidak boleh membaca kitab "Dalailul Khairat", "Burdah" dan lain-lain wirid-wirid yang memuji-muji Nabi s.a.w

12. Tidak boleh melagukan lafaz Quran, umpamanya dengan lagu Fuqara, Mesir dan lain-lain. Quran harus dibaca lurus saja, begitu juga Adzan tidak boleh berlagu.

13. Membaca zikir "La illa ha illallah" beramai-ramai dilarang sama sekali.

14. Imam tidak membaca "Bismillah" dalam Sholat

15. Amal-amal Tariqah, umpamanya Tariqah Naqsyabandi, Tariqah Qadiri, Tariqah Sazali. Tariqah Saman dan lain-lain dilarang keras

16. Wirid, berdo'a selepas Sholat berjema'ah dilarang keras

.