Text Box: Apa tugas kita di dunia ini

Untuk apa kita dicipta atau kenapa kita dihidupkan?

Inilah di antara persoalan-persoalan yang sering
menjadi tanda tanya kepada seluruh manusia di muka
bumi ini.
Berbagai-bagai pendapat dan pandangan yang diperolehi.

Ada setengah mereka mengatakan hidupnya aku di dunia
ini adalah untuk makan, minum, tidur, kahwin dan mati.
Lepas mati habis kira. Waktu itu daging-daging reput
dimakan ulat dan cacing-cacing.

Ada juga berpendapat begini, ;aku hidup untuk
cari hiburan dan kumpul harta banyak-banyak agar puas
dan dimuliakan orang. Bila sudah kaya, semua orang
sayang dan puji aku.; Waktu itulah mereka
merasakan ;DUNIA AKU PUNYA, bukan
ALLAH PUNYA;

Pendapat lain pula begini, ;Aku hidup ini supaya
belajar tinggi-tinggi, setinggi yang mampu. Kemudian
bila ada lulusan Diploma, Ijazah, Ba, Ma, Phd dan
sebagainya, maka senanglah dapat pangkat tinggi,
senang dapat gaji besar, terkenal di sana sini. Aku
boleh jadi ;BOSS;. Semua yang
diidam-idamkan dapat, cerah masa depan.
Mahu kereta
besar menjalar, bila-bila masa saja. Mahu rumah banglo
mudah saja, mahu cakap besar pun boleh sebab sudah
jadi ;TUAN BESAR;. Akan tetapi apakah
pendapat dan pandangan ini selari dengan kaca mata Islam?

Untuk mendapat jawapannya, mari kita lihat, berapa
ramai orang yang kaya, orang yang terkenal, yang
punyai kereta besar, pangkat dan gaji besar, orang
yang disanjung dan termasyhur seperti bintang-bintang
filem ;HOLLYWOOD; telah membunuh diri
kerana tidak dapat ketenangan dan kebahagiaan yang
hakiki. Apakah benar jutawan-jutawan akan dipuji orang?

Kalau benar kenapakah kita sering kali terdengar dan
terbaca dalam media massa cetak dan eletronik banyak
yang memaparkan kes-kes pecah rumah yang berlaku pada
hari ini? Orang-orang kaya nampaknya seringkali
terganggu fikirannya. Hatinya sentiasa bimbang, cemas
dan takut rumahnya dimasuki orang, malah untuk menjaga
rumah pun sehingga ada yang membela anjing atau
mengupah jaga. Takut hartanya disamun orang, takut
anak-anak gadisnya dicolek orang dan lebih parah lagi
takut dirinya sendiri menjadi mangsa pembunuhan.
Apakah itu ketenangan abadi?

Allah kurniakan akal yang waras pada kita supaya kita
berfikir. Berfikir tentang keEsaan dan keKuasaan-Nya,
berfikir tantang apakah tujuan kita dihidupkan,
berfikir ke mana kita akan pergi nanti dan apa yang
akan terjadi setelah kita kembali kepangkuan-nya
(Allah) tanpa membawa bekal yang cukup? Inilah yang
wajib kita fikir selalu? Bukannya fikir macam mana
hendak jadi orang kaya, macam mana hendak terkenal,
macam mana hendak itu dan ini tanpa fikirkan nasib
kita di akhirat kelak. Jawapan yang matang mengenai
apa yang perlu kita fikirkan akan kita perolehi,
sekiranya Al Quran dan Sunnah kita jadikan sebagai
tempat rujukan kita. Firman Allah dalam Al  Quran
maksudnya:

;Tidak aku jadikan jin dan manusia, melainkan
untuk menyembah aku.;

Bukan saja Allah yang menghendaki kita menyembahnya,
malah akal dan hati kita sendiri pun bersetuju kita
ini tunduk dan patuh pada Allah. Buktinya katalah
suatu hari kawan kita kepada kita begini:

Hai saudara, saudara ni hamba Allahlah apakah perasaan
kita ketika itu? Tentu gembira, senyum-senyum simpul
kita dibuatnya, malah secara ;OTOMATIK;
akal kita mengiakan perkataan itu. Ketika itu hati
rasa puas, lega, seronok, lapang dan rasa berterima
kasih padanya, walaupun pada hakikatnya kita tidak
pernah tunduk dan rukuk pada Allah swt, tidak pernah
ikut perintah Allah bahkan tidak pernah fikir cara
hidup mengikut Al Quran dan Sunnah.

Sebab apa hati kita rasa puas? Sedangkan kita tidak
taat pada perintah Allah? Inilah dia bukti dan
jawapannya bahawa sudah menjadi fitrah semula jadi
manusia inginkan kebaikan walaupun pada hakikatnya
dirinya tidak mampu hendak membuat kebaikan.

Sebaliknya apa kata akal dan hati sekiranya kawan kita
kata begini: ;Hai saudara! Saudara ni hamba
syaitanlah, saudara ni hamba discolah, saudara ni
hamba nafsulah, apa perasaaan kita ketika itu? Tentu
melenting, marah walaupun memang betul kita ni hamba
nafsu, hamba kereta, hamba syaitan, hamba video, VCD
dan gambar lucah, hamba disco dan hamba-hamba yang
lain selain dari hamba Allah.

Ketika itu hati kita memberontak tidak setuju.
Kenapakah ini berlaku dan lahir dalam diri kita? Sebab
hati dan akal kita tidak bersetuju, malah kalaulah
kita tidak tahan sabar mahu rasanya tempeling kawan
kita itu. Hendak tahu benar atau tidak, cubalah kita
dikatakan begitu di khalayak ramai. Hai mahu gugur
kulit muka rasanya. Sebab apa? Malu!!!! jelas,
kehendak Allah sama dengan kehendak hati dan akal kita
sejak azali lagi.

Kalau benar akal dan hati setuju kita menyembah Allah,
mengapa masih lagi angkuh dan sombong dengan Allah?
Mengapa masih lagi mencabar kekuasaan Allah? Jawabnya,
renungilah beberapa potong ayat suci Al Quran di bawah ini:

;Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata.;

Dan maksudnya lagi:

;Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan.;

Kini tahulah kita bahawa nafsu dan syaitanlah yang
punya angkara. Ia menggoda hati dan akal kita daripada
terus mengingati Allah. Antara bisikan-bisikan nafsu
syaitan, :Kalau kamu sembah Allah nanti susah, kalau
kamu ikut Quran dan Sunnah, nanti jiwa kamu menderita,
terkongkong, kalau taat pada perintah Allah umpamanya
menutup aurat, nanti kamu tiada kawan, tinggal seorang
diri macam kera sumbang jadinya. Selain dari itu
macam-macam lagilah bisikan-bisikan yang benar-benar
mengganggu fikiran kita. Benarlah firman Allah bermaksud:

;Syaitan telah menakut-nakutkan kamu dengan
membisik-bisikkan pada hati dan akal kamu.;

Jadi atas dasar itulah kita takut hendak sembah Allah.
Takut hendak ikut Quran dan Sunnah, takut disisih
masyarakat, takut emak dan ayah tidak mengaku anak dan
macam-macam lagi. Nampaknya syaitan dan nafsu sudah
berjaya menguasai fikiran kita. Kini ia sudah berjaya
menawan hati kita, sehinggakan umat Islam hari ini
seringkali diburu oleh perasaan takut.

Buktinya lagi, kita lihat hari ini umat Islam takut
hendak bersedekah atau mengeluarkan zakat. Kenapa?
kerana takut miskin, takut papa kedana, takut kering
periuk nasi, manakala ada yang takut hendak menutup
aurat kerana takut tidak laku, takut tidak dilamar
orang, takut jadi ;ANDARTU; dan
sebagainya. Oleh kerana hati sentiasa diburu oleh
perasaan takut, menyebabkan mereka takut hendak sembah
dan patuh kepada perintah Allah.

Kita sebenarnya telah berjaya diperkotak-katikkan oleh
musuh batin kita sendiri. Alangkah ruginya empunya
diri, kerana dapat ditipu oleh hasutan syaitan dan
hawa nafsu sendiri. Tetapi alangkah beruntungnya bagi
orang-orang yang beriman, mereka berjaya menundukkan
dan menewaskan musuh-musuh tersebut. Nafsu dan syaitan
telah mengaku kalah dengan  mereka ini, sebab itulah
tidak hairan kalau kita lihat orang-orang yang beriman
mereka sanggup bersusah payah demi mencari keredhaan
Allah. Mereka sanggup mengorbankan harta, jiwa,
fikiran, tenaga dan sebagainya demi mencari kasih
sayang Allah dan Rasullullah saw.

Mereka menerima hukuman-hukuman Allah dengan dada yang
lapang, tanpa sebarang bantahan dan alasan. Bagi
mereka ;KAMI DENGAR DAN KAMI PATUH;,
inilah antara ucapan yang mereka lafazkan sekiranya
Allah memerintahkan sesuatu kepada mereka.

Umpamanya Allah menyuruh mereka mendirikan solat,
mereka tidak tanya lagi untuk apa aku sembahyang?
Bagitulah juga dalam bidang-bidang yang lain. Akhirnya
bila Allah berfirman:

;TidakKu jadikan jin dan manusia kecuali menyembah diriKu.;

Maka mereka tidak tanya lagi kenapa perlunya aku
sembah Allah, mengapa perlunya aku beribadah pada-Nya?

Jadi dapatlah kita ukur diri kita masing-masing.
Apakah kita ini sudah benar-benar menyembah Allah?
Apakah kita sudah benar-benar menjalani hidup di
pentas sandiwara sementara ini dengan tunduk dan patuh
pada Allah? Apakah kita sudah merelakan jiwa raga kita
semata-mata untuk mencari ;MARDHAATILLAH;
yakni ;KEREDHAAN Allah; atau sebaliknya?
Suluh-suluhlah diri kita selalu, sering-sering kalilah
bertafakkur mengenangkan dosa-dosa kita dan
mengenangkan apakah tugas kita sebagai khalifah di
muka bumi Allah ini sudah selesai atau belum.
Rasulullah pernah bersabda maksudnya:

;Orang yang bertafakkur (berfikir) sejanak lebih
baik daripada orang yang mengerjakan sembahyang sunat
1000 rakaat dalam keadaan lalai.;

Kalau belum, mulailah dari sekarang jalankanlah
peranan kita yang sebenar sebagaimana yang dikehendaki
Allah dan Rasulullah saw.

Jika kita mahu menjadi seorang lelaki atau suami yang
benar-benar soleh serta diredhai Allah maka
jalankanlah tanggungjawab kita sebagai seorang mukmin.

Seorang lelaki yang sempurna ialah dia yang tidak
mempermudahkan dalam kewajipan-kewajipan kepada Allah.
Dan seorang lelaki yang kurang ialah dia bersifat
sebaliknya. Maksud dari penjelasan ini ialah seorang
suami yang sudi memaafkan jika isterinya tidak
menghias dirinya dan tidak melayaninya dengan sempurna
dan lain-lain lagi tetapi ia bersikap keras jika
isterinya tidak melakukan solat atau puasa dan
lain-lain kewajipan itulah suami yang sempurna. Dan
seorang suami yang bersifat keras jika isterinya tidak
menghias dirinya atau tidak melayaninya dengan
sempurna dan lain-lain tetapi dia bersikap ach tidak
acuh jika isterinya meninggalkan kewajipan-kewajipan
kepada Allah seperti meninggalkan solat, puasa dan
lain-lain, maka dia adalah seorang suami yang kurang.

Rasulullah saw bersabda:

;Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan
bertanggungjawab atas yang dipimpinnya, seorang imam
yang memimpin manusia adalah pemimpin, dan ia
bertanggungjawab atas rakyatnya, seorang suami adalah
pemimpin dalam mengurusi ahlinya, ia bertanggunjawab
atas yang dipimpinnya, seorang isteri adalah pemimpin
di dalam rumahtangga dan bertanggunjawab atas yang
dipimpinnya dan seorang pelayan adalah pemimpin dalam
mengurusi  harta tuannya ia bertanggungjawab atas
pemeliharaannya, seorang lelaki itu adalah pemimpin
dalam mengurusi harta ayahnya, ia bertanggungjawab
atas peliharaannya. Jadi setiap kau sekelian adalah
pemimpin dan setiap kamu harus bertanggunjawab atas
yang dipimpinnya.;

Jika kita mahu menjadi isteri atau  wanita yang
benar-benar solahah serta diredhai Allah, maka
sahutlah seruan Rasulullah saw yang bermaksud:

;Apabila perempuan itu mengerjakan sembahyang
lima waktu dan mengerjakan puasa di bulan Ramadhan dan
menjaga farajnya (maruahnya) dan mentaati suaminya,
dikatakan padanya masuklah olehmu akan syurga daripada
mana-mana pintu yang kamu kehendaki.;

Tidak gembirakah kita (kaum wanita) di atas jaminan
syurga dari Allah dan Rasulullah ke atas kita yang
memenuhi syarat-syarat tersebut? Yakinlah, empat
syarat di atas adalah tiket untuk melayakkan kita
menduduki syurga Allah di akhirat kelak yakni
menyempurnakan sembahyang lima waktu sehari semalam,
berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah diri
(menutup aurat) dan sebagainya dan mentaati segala
perintah suami walaupun kita dimadukan.

Sekiranya empat syarat tersebut diabaikan, bermakna
kaum wanita menempah neraka, bermakna kita telah
merelakan diri kita dicampak ke dalam tempat yang
paling hina dan celaka. tahukah kita bahawa neraka itu
adalah seburuk-buruk tempat dan tempat yang paling
panas, paling pedih seksanya, di mana bahan-bahan
bakarnya terdiri daripada manusia dan batu, manakala
makanannya pula terdiri daripada buah yang berduri dan
pahit. Minumannya pula terdiri daripada air-air danur
(nanah) dan darah yang hanyir dan busuk baunya.
Sanggupkah mencampakkan diri kita ke tempat yang
paling ngeri dan menggerunkan itu?

Cuba kita bayangkan betapa panasnya api neraka, 70
kali ganda panasnya dengan api yang ada di dunia ini.
mengikut riwayat yang mengatakan seringan-ringan seksa
dalam neraka ialah seksaan yang dikenakan kepada Abu
Talib (bapa saudara Nabi saw) di mana beliau diseksa
dengan memakai selipar dari api neraka sehingga
menggelegak otak kerana kepanasan selipar tersebut.
Bayangkanlah, mampukah kita yang kerdil-kerdil lagi
dhaif ini menerima azab yang sedemikian rupa di
akhirat kelak? Tanyalah diri masing-masing,
;mampukah aku menanggung azab yang sangat pedih
itu,; Jika rasa-rasanya tidak mampu, marilah
kita sama-sama berjanji pada diri sendiri mahu tunduk
dan patuh pada segala perintah Allah.

Yakinlah bahawa hari kiamat pasti datang walaupun ada
yang tidak mahu menyahut kedatangannya. Beruntunglah
bagi orang-orang yang tahu matlamat dan tujuan ia
dihidupkan di muka bumi Allah ini? Beruntunglah bagi
mereka yang memenuhi usia muda dan tuanya dengan
beramal ibadah kepada yang Maha Esa kerana mereka
mendapat kasih sayang Allah di dunia lagi apatah lagi
di akhirat kelak, pasti mereka ini memperolehi
keuntungan dan kemenangan yang paling besar nilainya di
sisi Allah swt.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Laman Utama | Topik Pilihan | Tazkirah | Galeri | Arkib | Link

ASHA’IRAH

Pendedahan Aliran Wahabiyyah menurut perspektif para ulama’ ahli sunnah wal jamaah (Asha’irah)